Search
Close this search box.

PPV Medamit Sasar 250 Penerima Vaksin Harian

ByEekbal Yusuf

LIMBANG: Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Medamit menyasarkan seramai 250 orang penerima vaksin setiap hari sejak beroperasi pada 15 Jun 2021.

Demikian menurut Penolong Pegawai Perubatan Mohd Aizuddin Limin, yang bertugas di PPV Medamit.

Beliau turut memaklumkan seramai 36 orang petugas di PPV itu yang terdiri daripada pelbagai Jabatan dan Agensi Kerajaan iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Agensi Pertahanan Awam (APM), Sukarelawan, RELA dan anggota Pejabat Daerah.

Setakat ini, terdapat 3 PPV beroperasi di Daerah Limbang melibatkan PPV Dewan Suarah yang beroperasi sejak Mac lalu manakala PPV Medamit telah beroperasi dan dibuka serentak dengan PPV Dewan Batu Batu Danau bermula Jun bagi mempercepatkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) mencapai imuniti kelompok.

“Sesi pemberian vaksin berjalan dengan lancar dan sambutan orang awam amat memberangsangkan terutama penduduk di sekitar kawasan Medamit, Ulu Lubai, Kuala Mendalam dan individu kawasan setempat yang telah mendapat tarikh temujanji mereka.

“Waktu operasi PPV Medamit bermula pada pukul 8 pagi sehingga 5 petang ataupun sehingga selesai,” tambahnya.

Penerima dos pertama Liong Malong, dari Kampung Lubok Aur berkata amat gembira dan teruja kerana telah menerima vaksin pada hari ini sekaligus mengajak orang awam untuk turut sama mendaftar sebagai penerima vaksin.

Orang awam di Limbang khususnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya dinasihatkan bekerjasama dalam merealisasikan PICK agar kita boleh mengembalikan status kesihatan normal seperti sebelum wujudnya pandemik COVID-19.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan