Search
Close this search box.

Vaksin AstraZeneca Habis Dalam Tempoh Dua Minggu

ByOdleen Catherny

KUCHING: Kesemua dos pertama vaksin COVID-19 jenis AstraZeneca di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) habis dalam tempoh dua minggu pelaksanaannya.

Pengagihan vaksin berkenaan tamat pada petang Isnin (21 Jun 2021).

Ini menjadikannya habis lebih awal dari tempoh yang telah diperuntukkan iaitu dari 7 Jun hingga 27 Julai 2021.

Menurut Penyelaras MyVAC BCCK, Awangku Azrie 2,706 dos pertama vaksin AstraZeneca telah diagihkan pada hari terakhir pelaksanaannya di PPV BCCK.

“Sebanyak 1,243 dos selesai disuntik di bawah kendalian Public Medicare Group (PMG) manakala bagi  Pusat Perubatan Borneo (BMC), sebanyak 1,463 dos selesai disuntik kepada penerima, semalam (Isnin),” katanya kepada TVS pada Selasa.

Jelasnya lagi, masa beroperasi memberi suntikan bagi vaksin AstraZeneca di bawah PMG tamat pada jam 8 malam dan bagi BMC pula tamat pada jam 7.45 malam.

Sementara itu, menurut Pengurus Eksekutif BMC, Dr Kenneth Tan, PPV BCCK akan mula menyuntik vaksin Sinovac pada Selasa.

“3,000 dos vaksin COVID-19 jenis Sinovac akan diagihkan bermula esok (22 Jun 2021) di PPV BCCK,” katanya kepada TVS, kelmarin.

Untuk rekod, pada tiga hari pertama pelaksanaannya di PPV BCCK, sebanyak 1,000 penerima telah disuntik sebagai permulaan dan jumlah temu janji penerima ditambah secara berperingkat sehingga 3,000 suntikan dijadualkan setiap hari.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan