Search
Close this search box.
Coronavirus-centered-on-asia-map

Jumlah Terkini Kes COVID-19 Di Malaysia Dan Beberapa Negara Dunia

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) — Berikut adalah maklumat terkini mengenai COVID-19 di Malaysia dan beberapa negara dunia setakat 10 pagi hari ini.    

Data John Hopkins Coronavirus Resource Center  menunjukkan terdapat 179,093,146  kes COVID-19 dan 3,880,341 kematian.

Sejumlah 2,681,205,413 dos vaksin telah diberikan di seluruh dunia setakat ini. 

Amerika Syarikat (AS), India dan Brazil kekal negara teratas dengan jumlah kes positif dan kematian tertinggi, dengan angka korban di AS melebihi 500,000 pada Sabtu. Bagaimanapun, AS, United Kingdom (UK) serta beberapa negara lain melaporkan penurunan dalam kes dan kematian baharu seiring peningkatan jumlah vaksinasi.

Di Malaysia, setakat 22 Jun sejumlah 6,301,727 dos sudah diberikan dengan 250,529 dos pada hari yang sama. Daripada jumlah itu seramai 4,574,685 menerima dos pertama manakala 1,727,042 dos kedua mereka. Hampir lebih lima peratus penduduk kini sudah lengkap divaksin. 

Jadual di bawah menunjukkan status beberapa negara ASEAN termasuk Malaysia setakat 20 Jun ketika wabak masih menular dan proses vaksinasi sedang rancak dilaksanakan.   

NEGARAJUMLAH KES DISAHKAN (Kumulatif)KES BAHARU (setakat 22 Jun) KEMATIAN(Kumulatif) % PENDUDUK LENGKAP DOS VAKSIN                    (Setakat 22 Jun)
AS       33,564,660       12,388   602,45545.83 % 
INDIA       29,977,861       42,640   389,3023.70%
BRAZIL       18,054,653       38,903   504,71711.52%
PERANCIS         5,821,788            496   110,99125.10%
TURKI         5,381,736          5,294     49,29317.47%
UK         4,668,019       10,468   128,27247.12%
INDONESIA         2,018,113       13,668     55,2914.58%
FILIPINA         1,367,894         5,224     23,8091,99%
MALAYSIA           705,762         4,743         4,5545.22%
THAILAND            225,365         3,175      1,6933.02%
SINGAPURA              62,448          16               3534.91%
VIETNAM              13,630          272              690.13% 
     
Jumlah itu berdasarkan data WHO, negara ASEAN, Our World in Data dan John Hopkins Coronavirus Resource Center. 
-- BERNAMA
Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan