Search
Close this search box.
Lima Ditahan Sembunyi Heroin, Syabu Dalam Mesin Basuh

Lima Ditahan Sembunyi Heroin, Syabu Dalam Mesin Basuh

KOTA BHARU, 23 Jun (Bernama) — Polis menahan lima individu termasuk tiga wanita kerana disyaki menyembunyikan dadah jenis heroin dan syabu bernilai RM9,263 dalam mesin basuh di sebuah rumah di Kampung Banggol Petai, Pasir Mas, semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion Ke-7 Pasukan Gerakan Am (PGA7) Supt Azhari Nusi berkata kesemua warga tempatan berusia 16 hingga 50 tahun itu ditahan dalam serbuan 4 pagi, selepas pihaknya menerima maklumat daripada orang awam.

“Hasil pemeriksaan badan terhadap semua suspek tidak menemukan apa-apa barangan salah dan ketika polis membuat pemeriksaan di dalam rumah tidak menjumpai apa-apa barang salah.

“Bagaimanapun, selepas dilakukan pemeriksaan ke atas sebuah mesin basuh lama di belakang rumah berkenaan, polis menjumpai dadah jenis heroin dan syabu, masing-masing seberat 12.82 gram dan 86.22 gram,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Azhari berkata turut dirampas dalam serbuan itu, adalah wang tunai sejumlah RM1,460 serta sebuah mesin basuh bernilai RM250.

Beliau berkata kesemua suspek dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 39A(2) dan Seksyen 15(1) akta sama,” katanya.

— BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan