Search
Close this search box.

Abang Johari Tinjau PPV Pusat Beli Belah

KUCHING, 25 JUN: Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg turun padang hari ini untuk meninjau sendiri Pusat Pemberian Vaksin (PPV) pusat beli belah bagi menyaksikan kelancaran proses vaksinasi.

Difahamkan, selepas tinjauannya ke PPV The Spring, beliau akan meneruskan tinjauan ke satu lagi PPV yang juga melibatkan pusat beli belah mega di Kuching iaitu Viva City yang turut dijadikan bagi memvaksin pekerja industri di Kuching.

Stesen terakhir tinjauan Ketua Menteri adalah di Samajaya Industrial Zone dan difahamkan beliau akan mengadakan sidang media di sana.

Pemberian vaksin di PPV The Spring telah bermula pada Khamis, 24 Jun, dan seramai 400 individu telah menerima suntikan vaksin jenis Sinovac.

Hari ini pula seramai 700 individu disasarkan untuk menerima vaksin mereka di PPV The Spring yang beroperasi dari jam 8.30 pagi hingga 6 petang.

PPV The Spring

Seramai lebih kurang 20 sukarelawan yang terlibat di PPV The Spring yang terdiri daripada pelajar lepasan SPM dan pelajar kolej yang tidak menghadiri kuliah buat tempoh ini.

Turut hadir bersama Ketua Menteri ialah Timbalan Ketua Menteri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan