Search
Close this search box.

Kisah Pemuda Penjual Kerepek

DI SUATU sudut di luar deretan kedai, seorang pemuda kelihatan duduk dikerumuni bungkusan-bungkusan pelbagai jenis kerepek.

Tertera di atas sekeping kadbod “Hai cik, Saya Berjual KEREPEK Bantu Keluarga sebab PKP, Sekarang ni Belum ada kerja harap dapat beli satu cik, terima kasih untuk bantu”.

Kredit: Sabb Alie

Hanya mahu dikenali sebagai Hadiman,pemuda berusia 23 tahun itu memberitahu TVS pendapatannya menjual kerepek tidak menentu namun itu sahaja yang dapat dia usahakan untuk menampung diri dan keluarga semenjak hilang pekerjaan di sebuah kilang antaran PKP.

“Pendapatan saya tidak menentu, kalau ada ramai yang lalu-lalang dan sudi membeli, adalah rezeki, jika tidak adakalanya saya pulang dengan tangan kosong.

“Daripada saya meminta-minta baik saya menjual untuk mendapat rezeki halal,” katanya ketika ditemui di luar sebuah farmasi di Metro City Matang.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan