Search
Close this search box.
50 peratus penduduk Sarawak sudah dapat dos pertama vaksin COVID

Sarawak di landasan tepat capai sasaran 80% vaksinasi menjelang Ogos

KUCHING, (Bernama) — Sarawak semakin mendekati sasarannya untuk membentuk imuniti kelompok apabila kira-kira 2,084,000 penduduk yang layak telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 setakat ini, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata kira-kira 7.5 peratus pula sudah lengkap vaksinasi dua dos.

“Jadi menjelang akhir Ogos kita akan mempunyai kelompok 80 peratus penduduk Sarawak yang sudah menerima vaksin,” katanya dalam sidang media selepas melawat pusat pemberian vaksin (PPV) di Dewan Majma di sini hari ini,

Abang Johari berkata Sarawak mempunyai kapasiti maksimum harian 70,000 penerima vaksin, namun perkara itu bergantung pada bekalan vaksin. 

Selain itu katanya Sarawak juga telah memohon bekalan vaksin dos tunggal, CanSino, daripada kerajaan persekutuan yang sesuai diberikan kepada penduduk di pedalaman.

Sementara itu, Abang Johari berkata buat masa ini beliau belum memikirkan tentang pilihan raya negeri yang dijangka diadakan selepas tamat tempoh darurat kerana memberi tumpuan melindungi rakyat daripada jangkitan COVID-19.

“Buat masa ini saya tidak fikir pasal pilihan raya (negeri). Masa ini untuk fokus tentang (pemberian) vaksin. Asal rakyat selamat sahaja. Tidak ada fokus tentang pilihan raya, (kesihatan) rakyat diutamakan,” katanya.  

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan