Search
Close this search box.
Gambar hiasan

i- Citra : KWSP guna dana Akaun 2 dahulu sebelum Akaun 1

ByTVS

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang memohon untuk kemudahan i-Citra akan menggunakan dana daripada simpanan Akaun 2 terlebih dahulu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan beliau menjelaskan sekiranya dana Akaun 2 tidak mencukupi, barulah pihaknya akan membenarkan pemohon mengakses Akaun 1

Tambahnya, keputusan untuk melaksanakan i-Citra adalah sesuatu yang sukar ini kerana tujuan utama KWSP adalah untuk membantu ahli selepas persaraan.

Ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga RM5,000, dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan selama lima bulan namun begitu tertakluk kepada jumlah simpanan semasa.

Permohonan i-Citra boleh dibuat mulai 15 Julai hingga 30 September 2021 secara dalam talian melalui portal icitra.kwsp.gov.my. Bagaimanapun portal ini hanya boleh mula diakses mulai 15 Julai 2021.

Tags: #bm, i-Citra, KWSP

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan