Search
Close this search box.

CUEPACS Gesa LPPSA Beri Moratorium

ByLuqman Muhammad

KUCHING: Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) digesa supaya menangguhkan sementara pembayaran balik pinjaman perumahan penjawat awam sama seperti dilaksanakan institusi kewangan di bawah selian bank negara.

Pengerusi Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Sarawak Omar Bahrein berkata alasan bahawa penjawat awam dan pesara tetap menerima gaji serta pencen penuh tidak lagi relevan atas beberapa faktor.

“Mereka juga terkesan dengan perbelanjaan keluarga dalam keadaan semasa pandemik COVID-19 ini lebih-lebih lagi sejak pelaksanaan PKP yang berterusan sejak awal tahun lalu.” katanya ketika dihubungi TVS pada Jumaat.

Ini termasuk mengambil kira terdapat segelintir pasangan penjawat awam yang pendapatan mereka juga berkemungkinan terjejas susulan COVID-19.

Menurut Omar, kebanyakan penjawat awam memohon pinjaman LPPSA dengan mengemukakan pendapatan bersama pasangan masing-masing bagi membolehkan pembiayaan diluluskan berikutan harga kediaman yang mahal ketika ini.

Justeru katanya, pertimbangan serius wajar diberikan terhadap keperluan pemberian moratorium tersebut.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan