Search
Close this search box.

Dulu makan gaji, kini tauke cendawan!

KUCHING, JULAI 2: Keputusan meninggalkan kerjayanya dan beralih ke bidang petanian ternyata berbaloi bagi Mohammad Zakaria Jamsari, 37, apabila kini bergelar usahawan cendawan.

Bermula hanya dengan cubaan menanam sepuluh bongkah cendawan dengan memperoleh tips penanaman dari Youtube, usaha dan eksperimentasi bekas pemandu pelancong itu kini berbaloi apabila ribuan bongkah cendawan berjaya ditanamnya.

“Pada mulanya, saya hanya jadikannya sebagai pendapatan sampingan namun disebabkan oleh permintaan yang agak menggalakkan, saya menambah rumah cendawan nya untuk menanam lebih banyak cendawan di bawah jenama Que Mushroom bagi tujuan komersial.

“Saya mula menanam cendawan tiram pada tahun 2018 hanya dengan berpandukan  tips-tips dari YouTube dari cara menjaga, mengelak penyakit dan sebagainya.

“Selepas semakin yakin walaupun gagal beberapa kali, saya terus mencuba dan menambah jumlah bongkah dari 10 ke 20 seterusnya menjadi beribu bongkah,” katanya semasa ditemui TVS.

Jelasnya lagi, penanaman cendawan nya bukan sahaja tertumpu kepada cendawan tiram kelabu namun ada juga cendawan tiram pink dan cendawan jelly pada kuantiti yang terhad.

Selain menjual cendawan di sekitar Kuching, dia turut menjualnya di daerah lain seperti Miri, Mukah dengan menggunakn perkhidmatan bas.

“Setelah semakin yakin dengan perniagaan cendawan ini, saya ambil keputusan untuk berhenti kerja pada tahun 2021,” katanya.

Yang menariknya, Zakaria kini tidak hanya tertumpu kepada jualan cendawan segar kerana beliau turut menghasilkan produk sampingan berasaskan cendawan iaitu pekasam cendawan yang turut mendapat pasaran luas ke luar negeri Sarawak.

Tambahnya, pada masa akan datang pula beliau bakal mengeluarkan produk sampingan lain daripada cendawan tiram pink dan cendawan jelly seperti serunding, pekasam malah juga daging burger vegetarian.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan