Search
Close this search box.
Jumlah Terkini Kes COVID-19

Sarawak Rekod 471 Kes Covid Yang Telah Pulih

KUCHING: Sarawak hari ini mencatatkan 471 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj, manakala sebanyak 440 kes baharu positif COVID-19 dikesan.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi kenyataan berkata, daripada 440 kes baharu yang dilaporkan, seramai 64 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan COVID-19 semasa saringan dijalankan.

“Sejumlah 277 atau 62.95 peratus daripada jumlah kes ini dikesan di lima (5) daerah iaitu di Daerah Serian, Kuching, Song, Sibu dan Mukah,” Jelas kenyataan JPBNS dalam satu kenyataan, pada Jumaat.

Tambah JPBNS lagi, seramai 384 orang kes atau yang dikesan adalah terdiri daripada individu yang telah diberikan arahan perintah kuarantin.

“303 kes merupakan saringan individu yang mempunyai kontak kepada kes positif COVID-19 (44 kes bergejala), 81 kes merupakan saringan individu dalam kluster aktif sedia ada (4 kes bergejala).

“13 kes merupakan saringan individu bergejala di fasiliti kesihatan,” ujar JPBNS lagi.

Sementara itu, terdapat empat (4) kes kematian baharu dilaporkan melibatakan jangkitan COVID-19, sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan kematian bertambah kepada 417 orang.

“Mengenai empat kematian yang dilaporkan adalah dua kes direkodkan di Sibu iaitu melibatkan wanita berusia 80 tahun dan lelaki berusia 55 tahun, satu kes di Bukit Mabong melibatkan lelaki berusia 48 tahun dan satu lagi kes dilaporkan di Kuching melibatkan lelaki berusia 78 tahun,” katanya.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan