Search
Close this search box.

Suami Maut, Isteri Cedera Terkena Renjatan Elektrik

SRI AMAN, JULAI 2: Seorang lelaki maut manakala isterinya selamat apabila pasangan terbabit terkena renjatan elektrik di kediaman mereka di Kampung Skim Melugu, Sri Aman.

Ketua Polis Daerah Sri Aman, DSP Bingkok John berkata, dalam kejadian 5:15 petang pada Jumaat, mangsa yang maut dikenali sebagai Valleri Dampi anak Maling, 47 tahun bersama isterinya Ronnie anak Gelagan, 46 tahun membuat kerja-kerja pemindahan meter elektrik dari bahagian depan rumah ke dinding luar bahagian dapur rumah tanpa kebenaran, disyaki tanpa kelulusan pihak berkuasa.

“Semasa pemindahan meter elektrik, mendiang telah terkena renjatan elektrik dari Kabel Twin twisted (Service line) dengan kuasa voltan 240V single phase.

” Kabel elektrik berkenaan mengalirkan arus elektrik dari tiang elektrik ke meter elektrik di rumah tempat kejadian dan siasatan mendapati terdapat kesan koyak pada kulit pembalut kabel berkenaanyang dipercayai renjatan elektrik berlaku bila tersentuh pada lengam sebelah kanan manga, ” katanya dalam satu kenyataan.

Difahamkan usaha isteri mangsa itu tidak berjaya setelah dirinya turut terkena renjatan elektrik sebelum pengsan ditempat kejadian.

” Pemeriksaan oleh pasukan paramedik Hospital Sri Aman mengesahkan si suami meninggal dunia, manakala isterinya dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut dan kini dalam keadaan stabil,” jelasnya.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan