Search
Close this search box.

Peruntukan RM25 juta diluluskan untuk naiktaraf Jalan Lapangan Terbang dan Kemudahan Hemodialisis di Kapit

KAPIT, 4 Dis: Masalah kesesakan di Jalan Lapangan Terbang Kapit ke Bangunan Kompleks Kerajaan Negeri Kapit akan dapat diselesaikan apabila Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM25 juta bagi mengatasi masalah tersebut.

Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, masalah yang disuarakan Ahli Parlimen Kapit Dato Sri Alexander Nanta Linggi itu perlu diatasi segera supaya melancarkan pergerakan trafik di kawasan terbabit.

“Sebentar tadi Dato Sri Alexander ada membacakan beberapa peruntukan yang diperlukan di Kapit ini.

“Sebenaranya banyak di dalam senarai. Tetapi yang dibaca dan diminta hanya dua tadi.

“Pertama, permohonan untuk membina jalan pintas dari Jalan Lapangan Terbang Kapit ke pusat bandar sebanyak RM20 juta bagi mengelakkan kesesakan saya luluskan,” katanya ketika berucap dalam Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kapit Town Square pada Sabtu.

Selain itu, permohonan kedua yang disuarakan ialah peruntukan sebanyak RM5 juta untuk menaiktaraf kemudahan di Hospital Kapit turut diluluskan.

“Cadangan untuk menaiktaraf Hospital Kapit iaitu Pusat Hemodialisis untuk kegunaan pesakit buah pinggang permohonan awal ini sebanyak RM5 juta juga saya luluskan,” tambahnya.

Tambah Ismail Sabri, bagi memastikan golongan belia di Kapit mempelajari kemahiran tertentu kerajaan persekutuan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan membina Kolej Profesional MARA dengan kos sebanyak RM97 juta di bawah Bajet 2022 di Kapit.

“Saya difahamkan tiada yuran dikenakan. Peruntukan ini sudah ada cuma proses pengambilan tanah sedang dijalankan.

“Kalau selesai kita boleh segerakan pembinaan kolej ini,” tambahnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan