Search
Close this search box.
Robot pelayan buat aiskrim tarikan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022

Robot pelayan buat aiskrim tarikan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022

BEIJING, 30 Jan : Pengunjung yang ‘melawat’ pusat media utama Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 teruja apabila mendapati aiskrim dihidangkan kepada mereka oleh robot. 

Pelanggan yang ingin membeli aiskrim perlu membuat bayaran terlebih dahulu kepada juruwang dan seterusnya menerima resit bersama kod QR.

Pelanggan kemudian perlu mengimbas kod QR pada mesin dan robot akan mula membuat aiskrim secara automatik.

Difahamkan, mesin ini akan menghasilkan aiskrim berperisa vanila dan pembeli boleh membuat pilihan untuk menambah topping seperti biskut Oreo atau coklat chip dan sebagainya mengikut selera masing – masing.

Pada masa sama, papan tanda berhampiran turut memberikan ‘nasihat kesihatan’ apabila memaparkan ayat berbunyi makan aiskrim boleh menyebabkan sakit perut dan cirit-birit. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan