Search
Close this search box.
Bermula sekadar mengisi masa lapang dengan menghasilkan aiskrim resepi sendiri ketika COVID-19 tiga tahun lalu, Rebecca Chai Annhui kini bergelar tauke aiskrim. Foto TVS.

Graduan kewangan cipta ais krim perisa ubat batuk

KUCHING, 15 Feb: Bermula sekadar mengisi masa lapang dengan menghasilkan aiskrim resepi sendiri ketika COVID-19 sekitar tiga tahun lalu, Rebecca Chai Annhui kini bergelar tauke hidangan kegemaran ramai itu.

Malah bekas graduan bidang perakaunan dan kewangan di Universiti Swinburne Sarawak ini semakin meluncur laju dalam perniagaannya apabila berjaya memperkenalkan enam perisa setakat ini.

Menggunakan jenama Woohaa Aiskrim, Rebecca, 33, berkata, dia juga tampil dengan kelainan menerusi produk yang dihasilkannya.

“Ini kerana daripada enam perisa berkenaan, terdapat satu yang istimewa iaitu Cough Syrup Chia Seed Milk kerana dicampur dengan ubat batu.

“Ia juga ditaburi dengan biji chia bagi menambah kerangupan,” katanya kepada TVS baru – baru ini.

Katanya, inovasi yang dicurahkan kepada perisa berkenaan menjadikannya sebagai ‘ais krim mesra orang sakit’ kerana sesuai dinikmati oleh penggemar pemanis mulut itu ketika mereka kurang sihat.

Ditanya perisa aiskrim yang paling digemari, Rebecca berkata, Honey Peach Yough antara yang sering dicari pelanggan.

Kata Rebecca, empat perisa lain yang ditawarkan ialah Roselle Flower Yogurt, Passion Fruit Lime Coconut Milk, Dark Chocolate Marshmallow Milk dan  Scrumptions of Caramel Chcoc Chips.

Dalam pada itu, Rebecca mengakui aspek pemasaran sangat penting untuk sesuatu jenama itu dikenali dan tidak terkecuali bagi aiskrim keluarannya.

Namun katanya disebabkan beroperasi secara kecil – kecilan kerana produknya berstatus homemade, Rebecca memberitahu, dia melakukan marketing secara kecil – kecilan.

“Antaranya saya menyertai festival makanan yang berlangsung di sekitar bandar raya ini. Pada tahun lepas, saya turut berniaga di Kuching Festival And Food Fair 2022 (KFF) bagi mempromosikan Woohaa Aiskrim,” katanya.

Katanya, perkhidmatan penghantaran dengan menggunakan bungkusan yang bersesuaian juga ditawarkan agar dapat memenuhi permintaan pelanggan yang berada di luar kawasan.

Sementara itu, Rebecca memberitahu, dia sentiasa menambah baik perisa aiskrim dan ketika ini sedang bereksperimen dengan menghasilkan aiskrim perisa kacang, bijan hitam dan kaya sebagai perisa baharu.

“Semuanya dilakukan secara manual. Oleh itu pengeluaran aiskrim sangat perlahan,” katanya.

Dalam pada itu, anak ketiga daripada empat orang adik-beradik ini mendedahkan, nama Woohaa tercetus daripada perkataan bahasa Cina iaitu ‘yamseng’ yang membawa maksud meraikan sesuatu kegembiraan bersama.

Salah satu Aiskrim Woohaa yang dihasilkan berbentuk kiub. Foto TVS.

“Saya mendapat idea selepas hadir majlis perkahwinan seorang kawan Bumiputera. Ketika majlis itu, dia menggunakan perkataan Woohaa yang serupa dengan maksud yamseng dalam bahasa Cina.

“Begitulah saya mendapat ilham menggunakan perkataan ini,” jelasnya.

Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan Aiskrim Woohaa, boleh layari Instagram dan juga Facebook Woohaa2020. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan