Search
Close this search box.

Ismail Sabri ucap takziah kepada keluarga Adibah Noor

KUALA LUMPUR, 19 Jun : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan takziah kepada keluarga penyanyi dan pelakon terkenal Adibah Noor Mohamed Omar.

Menerusi catatan di Facebook rasmi beliau, perdana menteri menyifatkan penyanyi lagu ‘Terlalu Istimewa’ itu bukan sahaja sangat berbakat dalam bidang nyanyian, tetapi menyerlah dalam industri lakonan serta pengacaraan.

“Takziah kepada keluarga Allahyarhamah dan didoakan semoga mereka tabah menghadapi kehilangan ini.

“Semoga Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarhamah Adibah Noor,” katanya dalam catatan itu.

Adibah Noor, 51, meninggal dunia di sebuah hospital swasta di sini, kira-kira 7.45 malam tadi akibat kanser ovari.

Jenazah akan dimandikan dan dikafankan pada 9 pagi di Masjid Al-Ansar, Taman Keramat sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam berhampiran sebelum waktu zuhur. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan