Search
Close this search box.

Penyanyi Adibah Noor meninggal dunia

KUCHING, 18 Jun : Penyanyi terkenal, Adibah Noor dilaporkan meninggal dunia petang tadi di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur.

Laporan beberapa media menyebut penyanyi itu yang terkenal dengan lagu Terlalu Istimewa meninggal dunia pada pukul 6.30 petang tadi.

Pelakon Datin Emylia Rosnaida antara yang turut berkongsi berita itu menerusi Instagramnya.

“Allahuakbar, sedihnya, terkejut dapat berita ini, sahabat kita Adibah Noor baharu sahaja meninggal dunia,”tulisnya .

Adibah, 52, baru – baru ini mengejutkan peminatnya apabila mendedahkan hanya makan enam sudu nasi sehari dalam usaha mengurangkan berat badannya dan fizikalnya dilihat lebih langsing.

Tahun lepas penyanyi yang mula berkecimpungan dalam dunia hiburan sejak pertengahan 1990-an menyertai satu pertandingan nyanyian realiti yang kembali menghangatkan namanya dalam industri.

Bekas guru bahasa Inggeris ini turut dikenali sebagai seorang anak seni yang berbakat besar apabila berjaya sebagai pelakon dan membintangi filem hebat seperti Sepet dan Mukhsin.

Adibah yang aktif di laman Twitter dengan mempunyai lebih 607 000 pengikut juga dikenali sebagai pecinta kucing.

Kali terakhir Allahyarharmah dilihat membuat ulang ciap ialah kira  – kira 12 jam lepas berkenaan hantaran mencari tempat tinggal untuk kucing terbiar. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan