Search
Close this search box.
Pasukan Kuching City FC memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri untuk mengatasi Selangor 2 dengan kemenangan tipis 1-0 pada aksi Liga Premier di Stadium Negeri Sarawak di sini, malam ini. Foto: Faitullah Morni (TVS).

Pertahanan berusia 42 tahun, Ramesh muncul wira Kuching City atasi Selangor 2

KUCHING, 24 Ogos : Pasukan Kuching City FC memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri untuk mengatasi Selangor 2 dengan kemenangan tipis 1-0 pada aksi Liga Premier di Stadium Negeri Sarawak di sini, malam ini.

Pemain pertahanan berusia 42 tahun, Ramesh Lai Ban Huat muncul wira skuad “The Cats” apabila sepakan hantaran silangnya terus memasuki gawang lawan pada minit ke-25.

Beraksi di hadapan lebih 100 penonton, jaringan awal itu membangkitkan semangat skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim untuk terus menggandakan asakan dan berjaya mencipta beberapa peluang keemasan pada babak pertama.

Namun, kesemua percubaan gagal diterjemahkan akibat ketumpulan jentera serangan.

Memasuki babak kedua, pasukan pelawat berusaha mendapatkan jaringan penyamaan namun gagal dan keputusan berakhir 1-0 dengan Kuching City meraih tiga mata penuh.

Keputusan malam ini menyaksikan Kuching City, yang kekal di kedudukan keempat, berjaya merapatkan jurang bersama tiga pasukan teratas dengan 30 mata, manakala Selangor 2 kekal di tangga kelapan dengan 13 mata selepas 16 aksi.

Kelantan FC kekal di persada liga dengan 36 mata selepas 16 perlawanan, diikuti Johor Darul Ta’zim (JDT) II yang kurang satu aksi dengan 33 mata dan Terengganu FC II dengan 30 mata, mengatasi Kuching City berdasarkan kelebihan jaringan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan