Search
Close this search box.
ADUN Serembu Miro Simuh

Miro kecewa projek pembinaan Tebingan Siniawan lewat siap

ByOdleen Catherny

KUCHING, 25 Nov: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serembu, Miro Simuh kecewa dengan kelewatan kontraktor menyiapkan projek pembinaan Tebingan Siniawan yang sepatutnya siap pada April 2022.

Sehubungan itu, beliau menggesa Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) menamatkan kontrak syarikat pelaksana projek berkenaan.

“Ketika ini (pelaksanaan projek) hanya berada pada tahap 55 peratus kemajuan. Saya sudah berputus asa untuk bertanya kepada pihak DID Sarawak yang menjadi agensi pelaksana kepada projek ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Belanjawan Negeri 2023 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.

Miro yang juga Ketua Pemuda, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menyarankan agar projek tersebut diberikan kepada kontraktor penyelamat yang baru.

“Projek telah diserahkan kepada kontraktor pada November 2019 namun belum juga ada tanda-tanda akan siap,” ujarnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS