Search
Close this search box.
Dua lelaki remaja ditahan ketika Op Samseng Jalanan. Foto: BSPT IPD Sibu

Op Samseng Jalanan: Aksi merbahaya, dua remaja dicekup

SIBU, 27 Nov: Padah tunjuk aksi menunggang motosikal secara merbahaya, dua remaja lelaki dicekup ketika Operasi Samseng Jalanan, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata, kedua-dua suspek berusia 27 dan 16 tahun didapati melakukan kesalahan tersebut di Jalan Awang Ramli Amit dan Dataran Sibu.

Katanya, mereka ditahan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu melalui operasi yang dijalankan dari jam 9.00 malam hingga 2.00 pagi.

“Kedua-dua lelaki terbabit akan disiasat dibawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana menunggang motosikal secara melulu dan merbahaya,” katanya menerusi satu kenyataan media hari ini.

Jika sabit kesalahan di bawah seksyen tersebut, kedua-dua suspek boleh dihukum penjara tidak melebihi lima tahun dan didenda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak melebihi RM15,000.

Dalam operasi tersebut, katanya polis telah mengambil pelbagai tindakan saman termasuk kesalahan tiada lesen memandu, kesalahan ubah suai ekzos, kesalahan plat nombor, tiada cermin sisi, tidak dilindungi insurans dan aksesori tidak sempurna.

Tegas Zulkipli, pihak polis menasihatkan orang ramai supaya mematuhi undang-undang jalanraya dan para ibubapa juga disaran supaya memantau dan peka dengan kegiatan anak-anak mereka agar tidak tidak terlibat dalam kegiatan yang menyalahi undang-undang jalan raya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan