Search
Close this search box.
Peserta-peserta separuh akhir 2 Getaran Jiwa. Foto: TVS

Getaran Jiwa: Kenali peserta-peserta separuh akhir 2

KUCHING, 30 Nov: Tanggal 2 Disember merupakan penentu dua peserta yang akan mengisi dua slot terakhir bagi melayakkan diri mereka ke peringkat akhir Getaran Jiwa yang akan berlangsungĀ  pada 9 Disember ini.

Minggu lalu, Santiana Ramli dan Ameem yang masing-masing mendapat kutipan markah sebanyak 62.5 dan 62.3 itu berjaya melangkah ke peringkat akhir.

Mari kita imbas semula dan kenali mereka peserta-peserta separuh akhir 2 Getaran Jiwa.

Aruel Ariel. Foto: TVS

Aruel Ariel

Aruel Ariel, 34, yang mendapat markah tertinggi pada minggu ketiga dengan kutipan 67 markah merupakan seorang yang aktif dalam bidang nyanyian dan juga merupakan seorang pensyarah vokal.

Antara pencapaian yang pernah dirangkul oleh Aruel sepanjang kariernya ialah meraih kedudukan ketiga atas dalam program realiti nyanyian TV ā€˜All Together Nowā€™ Malaysia pada musim pertama dan juga adalah seorang penerima Persembahan Terbaik Anugerah Bintang Klasik pada 2014.

Video nyanyiannya pernah tular di aplikasi TikTok di mana video tersebut mencecah sebanyak 1.2 juta tontonan dengan dendangan lagu Apa Guna Berjanji daripada Puan Sri Saloma.

Samdean. Foto: TVS

Samdean

Hisamudin Zawawi atau lebih dikenali sebagai Sam Dean mula bekerja sendiri sebagai penebar roti canai seawal usia 20-an dan memulakan minatnya dalam bidang nyanyian dengan menyertai muzik koir.

Samdean, 48, melebarkan minatnya dengan menyertai Kelab Peminat P. Ramlee Sarawak (KPPRS) yang dipimpin oleh Datu Dr Adi Badiozaman Tuah dan pernah mewakili kelabnya menyertai muzikal persembahan kebudayaan di negara jiran, Singapura dan Indonesia serta di Semenanjung Malaysia.

Baru-baru ini, KPPRS menyambut ulang tahun ke-10 dengan menganjurkan Seminar Apresiasi Karya P. Ramlee di Balai Budaya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Sarawak pada Oktober lalu.

Suili George. Foto: TVS

Suili George

Suili George, 34, kini berkhidmat sebagai Pegawai Bomba di Sabah sejak 10 tahun yang lalu selalu dijemput oleh jabatan-jabatan kerajaan untuk membuat persembahan pada majlis keramaian.

Pada masa yang sama, Suili juga adalah seorang peragawan dan jurugambar sambilan di bawah nama ā€˜Suili George Photographyā€™ di mana dia menerima undangan kerja sampingan ke majlis perkahwinan.

Suili pernah menyertai dan mewarnai program realiti nyanyian TV ā€˜Akademi Fantasia 2015ā€™ namun tersingkir pada minggu pertama yang mendendangkan lagu Terima Kasih Cinta daripada Afgan yang terdahulu menggunakan nama pentas ā€˜Wili.ā€™

Akeem Hidayat. Foto: TVS

Akeem Hidayat

Akeem Hidayat, 29, merupakan seorang pencipta lagu tempatan serta seorang Pembantu Studio Rakaman yang bertapak di Kuching, Sarawak.

Akeem yang menerima mendapat kutipan markah sebanyak 51 markah pada minggu keempat itu pernah mencipta sebuah lagu untuk Juri Tetap Getaran Jiwa iaitu Norafizah Busman.

Pada masa yang sama, lagu-lagu ciptaan Akeem pernah dinominasi sebagai lagu terbaik pada carta radio Cats FM.

Afif Tenor. Foto: Bernama

Afif Tenor

Afif Tenor, 33, seorang Pembantu Tadbir, menerima kutipan markah sebanyak 56.1 di belakang Hasty pada konsert minggu kelima.

Afif juga merupakan seorang penyanyi dan penulis lagu secara sambilan serta berkebolehan menulis puisi.

Antara pencapaian manisnya adalah lagu-lagu ciptaannya pernah diputarkan di stesyen-stesyen radio tempatan iaitu Era Fm dan Cats FM.

Lima peserta akan merebut dua slot terakhir ke peringkat akhir Getaran Jiwa dan pada masa yang sama dua peserta yang tersingkir akan kembali semula ke pentas peringkat separuh akhir minggu kedua dengan undian atas talian ā€˜GJ Kembali.ā€™

Erra Fazira akan menjadi penyeri pada minggu ini sebagai Juri Jemputan yang akan diadili bersama dengan Dato Nash dan Norafizah Busman selaku Juri Tetap serta Mami Jiwa Panas iaitu Mas Idayu.

Saksikan Getaran Jiwa Separuh Akhir 2 pada Jumaat ini, jam 8:45 malam di TVS saluran 122 Astro dan MYTY atau saksikannya secara langsung di Stadium MBKS Bintawa, Kuching di mana pintu akan dibuka seawal jam 7 malam.

Ikuti laman media sosial Getaran Jiwa di https://linktr.ee/getaranjiwa untuk maklumat lanjut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

Ā 

Berita Berkaitan