Search
Close this search box.
Aruel Ariel (kanan) dan Afif Tenor.

Getaran Jiwa: Aruel Ariel dan Afif Tenor mara ke peringkat akhir

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 2 Dis: Dua peserta, Aruel Ariel dan Afif Tenor berjaya mara ke pusingan akhir pada konsert Separuh Akhir 2 Getaran Jiwa yang bersiaran secara langsung di Stadium MBKS, Bintawa pada Jumaat malam.

“Dengan ini, Afif Tenor dan Aruel Ariel bakal menyertai Santiana Ramli dan Ameem, berentap di Konsert Akhir Getaran Jiwa yang akan diadakan 9 Disember, Jumaat depan,” ujar Pengurus Saluran TVS, Aizal Ibrahim.

Sementara itu, lima peserta yang tidak berjaya ialah Akeem Hidayat (41.6 markah), Yunadia (47.9 markah), Myaherry (45.0 markah), Samdean (31.5 markah) dan Suili George (46.9 markah).

Konsert minggu ini dimulakan dengan kejutan apabila dua peserta, Myaherry dan Yunadia diserap masuk melalui ‘GJ Kembali’, hasil undian online peminat mereka.

Persembahan setiap peserta dinilai melalui sistem pemarkahan yang terbahagi kepada 70 peratus oleh barisan juri profesional dan 30 peratus oleh juri awam yang mengundi di atas talian menggunakan ‘Meter Jiwa’. Persembahan peserta minggu ini dinilai oleh Dato Nash selaku Ketua Juri serta Norafizah Busman sebagai Juri Tetap dan Erra Fazira selaku juri jemputan.

Turut merancakkan konsert minggu ini adalah penampilan Mas Idayu selaku Mami Jiwa Panas yang turut memberikan komen mengenai persembahan para peserta dan juga persembahan khas dengan lagu popular ‘Bekikis Bulu Betis’ oleh Allesandro bagi menutup tirai konsert Getaran Jiwa minggu ini.

Dihoskan oleh Sissy Imann dan Jiggy, program terbitan TVS dengan sokongan Kerajaan Sarawak ini bersiaran langsung selama 1 jam 45 minit bermula 8.45 malam untuk pusingan separuh akhir. Sebelum itu, pada jam 7.30 malam, kapsul Debaran Jiwa turut disiarkan menampilkan barisan personaliti TVS, Fattahbolh dan Siti Zawawi. Getaran Jiwa menawarkan hadiah terkumpul berjumlah RM60,000.

Apakah kejutan istimewa untuk Konsert Akhir Getaran Jiwa minggu depan? Siapakah yang akan mengungguli pentas Getaran Jiwa? Saksikan Jumaat depan, 9 Disember 2022 bermula 8.45 malam di saluran 122 Astro dan MYTV.

Orang awam turut dijemput menonton Konsert Akhir Getaran Jiwa di Stadium MBKS minggu hadapan. Dewan dibuka bermula 7.00 malam hingga 8.30 malam. Ikuti laman media sosial Getaran Jiwa (https://linktr.ee/getaranjiwa) untuk maklumat lanjut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan