Search
Close this search box.
Afif Tenor dan Aruel Ariel mara ke peringkat akhir. Foto: Ahmad Nasrullah (TVS)

Getaran Jiwa: Aruel Ariel dan Afif Tenor teruja ke peringkat akhir

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 3 Dis: Berjaya menempatkan diri ke peringkat akhir program Getaran Jiwa, Afif Tenor dan Aruel Ariel melahirkan rasa bersyukur serta teruja.

Lebih menggembirakan lagi apabila mereka menerima komen positif dari pihak juri dan pada masa sama menjanjikan persembahan yang terbaik untuk peringkat akhir nanti.

Berada dalam situasi sengit ketika ini, Aruel Ariel mengakui merasa gementar namun bersandarkan kepada latihan membuatkan dirinya bersemangat untuk menyampaikan irama dalam nada nafas baharu.

“Jujur saya gementar sehinggakan saya rasa suara saya menjadi ‘sejuk’ dan Alhamdulillah saya mara ke peringkat akhir,

“Terima kasih kepada semua juri atas komen yang positif dan untuk persiapan peringkat akhir ini, saya sudah mendengar beberapa lagu tapi kita perlu membuat cabutan undi terlebih dahulu dan saya berharap agar undian itu berpihak kepada saya,” katanya.

Perasaan serupa dialami oleh Afif Tenor sambil meluahkan rasa syukur atas kejayaannya dan tidak menjangkakan komen positif dari Mamy Jiwa Panas Getaran Jiwa, Mas Idayu atau lebih mesra disapa Mummy.

“Alhamdulillah saya bersyukur sangat dan terima kasih kepada para juri atas komen yang positif terutamanya Mummy kerana saya tidak menjangkakan komen positif dari Mummy,” ujarnya turut berazam untuk menghidangkan persembahan terbaik pada peringkat akhir nanti.

Pentas Getaran Jiwa semalam menyaksikan Aruel Ariel, peserta dari Selangor manakala Afif Tenor dari Sarawak bakal menyertai Ameem dan Santiana Ramli ke peringkat akhir Getaran Jiwa pada Jumaat, 9 Disember ini.

Konsert Akhir Getaran Jiwa bakal bersiaran secara langsung di Stadium MBKS Bintawa pada Jumaat 8:45 malam di saluran 122 Astro dan MYTV. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan