Search
Close this search box.
Penganalisis Politik Universiti Teknologi Mara (UiTM) Mujibu Abd Muis.

GPS tetap dengan identiti sendiri dalam kerajaan perpaduan – penganalisis politik

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 18 Dis: Penyertaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) di dalam kerajaan perpaduan Malaysia pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya bertujuan memberi sokongan bagi membolehkan kerajaan dibentuk serta majoriti diperoleh.

Menurut Penganalisis Politik Universiti Teknologi Mara UITM Mujibu Abd Muis, dari sudut politik GPS tetap bergerak secara identiti berbeza di dalam kerajaan campuran itu.

Mujibu tampil mengulas kenyataan Ketua Setiausaha Politik Kepada Premier Sarawak, Fazzrudin Abdul Rahman yang menegaskan bahawa perjanjian persefahaman kerjasama kerajaan perpaduan Malaysia yang ditandatangani GPS bertujuan memastikan kestabilan pentadbiran kerajaan Persekutuan.

Baca artikel berkaitan: GPS mahu pastikan kestabilan pentadbiran Kerajaan Persekutuan – Fazzrudin

“Apa yang paling penting dalam kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong itu juga apabila beliau turut menekankan keperluan kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim mesti memenuhi memorandum persefahaman (MoU) yang telah dimeterai.

“Jadi kalau mereka (kerajaan Persekutuan) tidak mampu menyampaikan perjanjian itu, saya rasa Sabah dan Sarawak mempunyai hak untuk menarik semula sokongan tersebut,” katanya ketika dihubungi TVS.

Kata Mujibu lagi, pengaruh kuat blok borneo yang menyertai gabungan Kerajaan Perpaduan Malaysia merupakan isyarat jelas untuk Perdana Menteri memenuhi keputusan yang telah dicapai.

“Kalau boleh hak-hak Sarawak dan Sabah ini tidak terlalu statik mengikut apa yang telah dituntut dalam Perjanjian Malaysia 1963 sahaja, bahkan perlu berkembang mengikut keperluan dan kehendak semasa,” tambah Mujibu lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan