Search
Close this search box.
ADUN Jemoreng, Datuk Dr Juanda Jaya menyampaikan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) kepada JKKK dan jawatankuasa masjid di daerah Matu. Foto: UKAS

Guna peruntukan MRP secara berhemah

MATU, 6 Feb: Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) perlu menggunakan geran yang disalurkan kerajaan dengan sebaik mungkin demi membangunkan komuniti di kawasan masing-masing.

Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng, Datuk Dr Juanda Jaya menggesa setiap urusan keluar masuk wang JKKK perlu direkodkan sebagai bukti bagi memastikan bantuan tersebut dimanfaatkan secara optimum.

ADUN Jemoreng, Datuk Dr Juanda Jaya bergambar bersama JKKK dan dua jawatankuasa masjid di daerah Matu. Foto: UKAS

“Peruntukan ini adalah untuk memastikan operasi JKKK berjalan dengan lancar. Jika mereka hendak mengadakan aktiviti, mereka tidak perlu memohon lagi, tetapi dengan peruntukan yang ada, mereka dengan mudah merancang untuk mengadakan program pada bila-bila masa. Sewaktu perjumpaan dengan JKKK, saya juga minta mereka menyediakan program tahunan dan memastikan segala perbelanjaan itu direkod bagi memastikan ketelusan dan bagi mengelakkan ketirisan perbelanjaan,” katanya ketika dihubungi TVS hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak Integriti dan Ombudsman baru-baru ini menyampaikan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) sebanyak RM275,000 kepada sebanyak 14 JKKK dan dua jawatankuasa masjid di daerah Matu.

Sumbangan itu, bertujuan membolehkan JKKK membeli peralatan di samping menampung keperluan aktiviti masing-masing.

“Peruntukan diberikan kepada JKKK untuk membeli kemudahan-kemudahan perabot, peralatan yang digunakan oleh pihak JKKK seperti kerusi, meja, almari, televisyen, komputer dan mungkin juga peralatan untuk kegunaan penduduk kampung seperti khemah, kerusi untuk mengadakan perhimpunan dan sebagainya. Tujuannya adalah bagi memastikan JKKK terus berfungsi membantu masyarakat di kampung dan di rumah-rumah panjang,” katanya lagi.

Pada masa yang sama, beliau juga mahu JKKK sentiasa mengadakan perbincangan bagi memastikan kelancaran setiap program yang dirancang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan