Search
Close this search box.
Juanda (empat kiri) bersama yang lain menarik ketupat sebagai simbolik perasmian Majlis Ramah Tamah Aidilfitri MAKSAK Daerah Matu 2024. Foto TVS

Agensi kerajaan pemudah cara sampaikan pembangunan kepada rakyat – Juanda

MATU, 26 April: Agensi kerajaan merupakan pemudah cara kepada inisiatif pembangunan yang dilaksanakan Kerajaan Sarawak, kata Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman) Datuk Dr Juanda Jaya.

Menurutnya kerjasama yang baik antara wakil agensi kerajaan dan masyarakat terutama di Matu akan memastikan perancangan pembangunan di sini berjalan dengan lancar.

“Pihak saya boleh dapat pelbagai keputusan, bajet untuk pembangunan tetapi tanpa kerjasama erat daripada agensi-agensi terlibat, perlaksanaan akan jadi lambat dan menimbulkan masalah kepada pihak rakyat.

“Sebab itu kita selalu buat program seperti ini agar kita dapat duduk bersama dan saling memahami di antara satu sama lain,

“..dan insya-Allah bila kita duduk dalam mesyuarat perlaksanaan banyak perkara akan dapat kita selesaikan dan mudahkan di antara satu sama lain.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri MAKSAK Daerah Matu 2024 di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Matu-Daro (MDMD) Matu pada Jumaat.

Menurutnya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng itu banyak projek yang tergendala serta lambat siap ekoran berlakunya salah faham antara rakyat dan agensi pelaksana membabitkan isu seperti pengambilan tanah untuk pembangunan.

Dengan itu, Juanda mahu penduduk di daerah Matu mengambil peluang berkenalan dengan para pegawai dari pelbagai agensi dalam majlis keramaian seperti hari ini.

“Selain meraikan Aidilfitri, majlis ini juga membolehkan rakyat mendalami polisi kerajaan dengan beramah mesra dengan wakil agensi yang hadir,” ujarnya.

Difahamkan terdapat 22 agensi kerajaan di sini bekerjasama dalam menjayakan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri MAKSAK Daerah Matu 2024.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan