Search
Close this search box.
Azizul Annuar Adenan semasa Majlis Penangguhan Program Outreach Santuni Masyarakat (POSKOM) anjuran Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Kuching di Sematan pada Ahad. Foto TVS

Bekerjasama bersama JKM santuni masyarakat

SEMATAN, 5 Mei: Pelbagai pihak dan agensi kerajaan diseru untuk tampil bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak untuk menyantuni masyarakat setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan berkata, kerjasama itu penting agar lebih banyak perkhidmatan daripada JKM Sarawak dapat sampai kepada mereka yang memerlukan.

“Selain itu kerjasama pelbagai pihak seperti agensi swasta dan orang perseorangan juga amat penting di dalam menyampaikan perkhidmatan JKM terus kepada golongan berkeperluan.

“Dengan ini saya ingin menyeru lebih ramai lagi pihak agar tampil untuk membantu JKM bagi menyantuni komuniti-komuniti di komuniti setempat terutama sekali dengan menyampaikan perkhidmatan JKM,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Penangguhan Program Outreach Santuni Masyarakat (POSKOM) anjuran Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Kuching di Sematan pada Ahad.

Tambahnya, program kebajikan seperti POSKOM dapat terus dilaksanakan pada masa-masa akan datang dan diperluaskan ke kawasan lain seperti di Lundu, Sempadi atau Telok Melano.

Pada masa sama, ia akan dapat membantu lebih banyak lagi masyarakat untuk mendapatkan bantuan serta informasi yang diperlukan dalam memastikan kebajikan mereka senantiasa terjamin. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan