Search
Close this search box.
Sekitar Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara SMD Semiconductor dan Compound Semiconductor Applications (CSA) Catapult di Dewan Rakyat Parlimen UK di London. Foto Awang Azmil (TVS)

Kerjasama Sarawak, UK bangunkan pendigitalan tingkat ekonomi negeri – Abang Johari

ByHafeezzur Muzamir

LONDON, 23 April: Langkah proaktif Kerajaan Sarawak dalam meneroka lebih banyak peluang kerjasama bersama dengan syarikat semikonduktor dari United Kingdom (UK) diyakini dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi negeri.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, jalinan kerjasama itu juga turut dijangka memberi impak positif dalam meningkatkan kemajuan teknologi khususnya aspek kecerdasan buatan (AI).

“Sudah tentu kerana masa depan melibatkan AI dan teknologi. Oleh itu, memandangkan perkembangan pendigitalan dan peranti baharu, sektor ini sangat penting dengan kita merasakan mempunyai kemampuan untuk melahirkan bakat yang betul.

“Sebab itu kita menggalakkan pelajar Sarawak untuk mengenal pasti kursus yang betul dengan melihat kepada perkembangan ini khususnya dari segi teknologi.

“Selepas ini, kita akan beri tumpuan untuk industri aeroangkasa, teknologi maritim dan berkait dengan sektor tenaga yang memerlukan teknologi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pemeteraian MoU antara Sarawak Microelectronics Design (SMD) Semiconductor dengan syarikat dari UK, CSA Catapult di Dewan Rakyat Parlimen UK, di sini, hari ini.

Abang Johari menambah, jalinan kerjasama strategik terbaharu bersama syarikat terkemuka UK itu memperlihatkan Sarawak berada di landasan tepat untuk mencapai hasrat bergelar hab industri semikonduktor.

“SMD dan CSA Catapult akan memainkan peranan dalam penyelidikan untuk mengeluarkan cip kompaun yang sangat penting pada era baharu ini khususnya dari sudut AI.

“Ini merupakan satu-satunya kerjasama antara Sarawak dan Malaysia bersama UK. Dari sudut teknologi, UK keterhadapan.

“Kita berada di landasan tepat untuk negeri ini dengan apa yang kita perlu lakukan sekarang ialah mengenal pasti disiplin yang diperlukan untuk kita melatih anak – anak Sarawak, “ kata beliau.

Untuk rekod, ia merupakan kerjasama strategik ketiga Sarawak bersama syarikat dari UK selepas memeterai MoU bersama Riverbeck dan Big Innovation Centre sebelum ini.

Selain syarikat semikondutor dari UK, Sarawak turut menjalinkan kerjasama dengan syarikat dari Belgium iaitu Melexis untuk menambahkan kapasiti perkhidmatan rekaan cip semikonduktor dengan pelaburan sebanyak 70 juta Euro. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan