Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengetuai rombongan delegasi Kerajaan Sarawak ke Leeds dan London. Foto Awang Azmil (TVS)

Lawatan kerja ke UK berjaya, buahkan hasil – Abang Johari

ByHafeezzur Muzamir

LONDON, 23 April: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan lawatan kerja tiga harinya ke United Kingdom (UK) telah berjaya mencapai sasaran yang dimahukan kerajaan negeri.

Abang Johari yang mengetuai delegasi Kerajaan Sarawak ke Leeds dan London berkata, kesemua

hasil dapatan daripada lawatan kerja itu akan diterjemahkan dengan sebaik-baiknya dalam memantapkan sektor tenaga boleh diperbaharui dan semikonduktor di Sarawak.

“Kehadiran kita ke UK ini adalah untuk mencari teknologi baharu, di Leeds kita lihat ada teknologi terkini melibatkan tenaga boleh diperbaharui iaitu biojisim.

“Kita lawat Loji Janakuasa Drax yang menghasilkan tenaga biojisim dari kayu palet, ia merupakan teknologi baharu dengan Drax merupakan satu-satunya loji janakuasa di dunia yang mempunyai teknologi itu.

“Kita akan mengguna pakai teknologi tersebut di Sarawak,” kata beliau.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, lawatan kerja dua hari beliau ke London juga disifatkan sebagai mencapai objektif dan membuah hasil menerusi pemeteraian momerandum persefahaman antara Sarawak Microelectronics (SMD) Semiconductor dengan syarikat berpangkalan dari UK, CSA Catapult.

Selain itu, menurut beliau lawatan ke London itu turut membantu kerajaan negeri dalam aspek pendigitalan.

“Saya menekankan ekonomi hijau dan pendigitalan jadi ini ada kena mengena dengan peranti teknologi baharu dalam era masa kini yang menekankan aspek persekitaran.

“Kita sudah tahu tujuan lawatan kerja ke UK dan saya merasakan kita tidak salah dalam mengambil pendekatan ini, kita berada di landasan yang betul,” jelas beliau.

Selesai lawatan kerja di London, Abang Johari bersama delegasi Kerajaan Sarawak bertolak ke Poland hari ini dengan beliau sekali lagi mewakili Malaysia berkongsi ilmu berkaitan peralihan tenaga dan inisiatif menangani perubahan iklim dalam satu forum di sana. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan