Search
Close this search box.
Dato Sri Julaihi Narawi berkata beliau terkejut dengan kenyataan Chong Chieng Jen yang tidak menyokong Usul Penghargaan Kepada Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

DUN Sarawak: ‘Pendirian yang tidak sepatutnya disuarakan oleh Yang Berhormat’

BySaibi Gi

KUCHING, 8 Mei: “Pendirian ini tidak sepatutnya disuarakan oleh seorang Ahli Yang Berhormat”.

Demikian kata Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Dato Sri Julaihi Narawi susulan kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padungan Chong Chieng Jen yang tidak menyokong Usul Penghargaan Kepada Mantan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Malah beliau amat terkejut dengan pendirian yang tidak sepatutnya disuarakan oleh seorang ADUN.

“Ia amat bertentangan dengan budaya orang timur. Kenyataan yang seolah-olah tidak mencerminkan sebagai orang Sarawak,” katanya ketika membahaskan usul tersebut pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini, hari ini.

Chieng Jen yang juga Pengerusi DAP Sarawak, turut menerima kritikan ADUN-ADUN daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang lain.

Usul yang dibentangkan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg itu diuluskan selepas dibahas. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan