Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah ketika ditemui pemberita selepas Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Kumpulan AFFIN di Kuching pada Rabu. Foto TVS

Lakukan siasatan terperinci punca jenayah babitkan pemain bola sepak kebangsaan – Abdul Karim

BySteward Dawi

KUCHING, 8 Mei: Pihak berkuasa diingatkan agar melakukan siasatan secara mendalam berhubung insiden jenayah yang membabitkan pemain bola sepak kebangsaan negara.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata terdapat pelbagai punca yang memungkinkan perkara itu berlaku termasuk masalah peribadi.

“Jenayah ini (diandaikan) boleh berlaku kerana masalah kecil seperti perhubungan di antara pemain dengan teman wanita,” katanya ketika ditemui pemberita  selepas menghadari Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Kumpulan AFFIN di sebuah hotel ternama di Kuching pada Rabu.

Namun begitu kata Abdul Karim insiden terbabit dianggap serius sekiranya ia melibatkan sesuatu sindiket yang seharusnya ditangani dengan tindakan lebih tegas oleh pihak berkuasa.

“Perkara keji seperti memukul dan menyimbah asid kepada atlet dan pemain kebangsaan yang mewakili Malaysia ini tidak sepatutnya berlaku,” tegasnya.

Abdul Karim dalam pada itu berkata bahawa pelaku sememangnya telah menyasarkan penyerang Selangor FC, Faisal Halim yang dilaporkan cedera disimbah asid di sebuah pusat beli-belah di ibu negara baru-baru ini.

“Mungkin sebelum ini ada orang-orang tertentu yang memerhatikan pergerakkannya,” tambahnya.

Terdahulu, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan memastikan tonggak skuad Harimau Malaya, Faisal Halim mendapat rawatan terbaik secara percuma di Institut Sukan Negara (ISN) sebagai menghargai jasa pemain 26 tahun itu kepada negara.

Menterinya, Hannah Yeoh berkata pihaknya akan memastikan Faisal Halim mendapat sokongan dan rawatan yang diperlukan sepanjang tempoh pemulihan yang dijangka mengambil masa beberapa bulan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan