Search
Close this search box.
Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud. Foto fail TVS

DUN Sarawak: Jasa Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib, sejarah terulung rakyat Sarawak

ByMuqri Aziz

KUCHING, 8 Mei: Jasa dan sumbangan mantan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud merupakan sejarah terulung buat rakyat Sarawak.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengakui Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib adalah seorang tokoh negarawan yang disegani serta berwawasan dengan susunan strategi yang memangkin ekonomi Sarawak.

He is an institution by itself. Sebab itu hari ini kita mengucap salam takziah kepada keluarga Almarhum dan juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas sumbangan Almarhum kerana seluruh hidup Almarhum ditumpukan untuk berkhidmat kepada rakyat lebih-lebih kepada Sarawak.

“Kita terima apa yang dibuat oleh Almarhum dan menjadi tanggungjawab dalam dewan ini samaada pemimpin sekarang mahupun generasi muda mengambil iktibar daripada cara Tun mengemudikan Sarawak dan seterusnya Sarawak menjadi tumpuan bukan sahaja di seluruh negara tetapi mungkin sebagai permata dalam menghidupkan perpaduan dalam masyarakat berbilang kaum dan agama supaya permata itu akan terus bercahaya dan memberi satu sumbangan aspirasi dan inspirasi untuk kita kukuhkan silaturrahim,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan usul tersebut pada Persidangan Hari Ketiga Mesyuarat Pertama bagi Penggal Ketika Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.

Terdahulu, usul penghargaan berkenaan yang disokong oleh Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas telah turut dibahaskan oleh 30 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak yang lain.

Oleh yang demikian beliau turut menzahirkan penghargaan kepada mereka yang turut serta hari ini.

Pada masa sama, beliau meyakinkan bahawa Sarawak akan terus dipimpin oleh barisan pemimpin yang berintegriti serta optimis dalam menabur bakti kepada rakyat di negeri ini.  – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS