Search
Close this search box.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah semasa mewakili Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Kumpulan Affin pada Rabu. Foto Steward (TVS)

Sarawak sambut baik komitmen Kumpulan AFFIN perluas rangkaian produk, segmen perbankan di negeri ini

BySteward Dawi

KUCHING, 8 Mei: Kerajaan Sarawak menyambut baik komitmen Kumpulan AFFIN untuk memperluaskan rangkaian produk dan perkhidmatan kewangannya yang terdiri daripada segmen Perbankan Komuniti, Perbankan Perusahaan, Perbankan Korporat, Perbendaharaan, dan Perbankan Pelaburan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, hasrat itu sejajar dengan usaha Kerajaan Sarawak untuk merancakkan sektor perniagaan dan keusahawanan di negeri ini.

“Kita (Sarawak) menyambut baik langkah ini dan berharap agar Kumpulan AFFIN dapat terus memperluaskan peluang dan perkhidmatan di Sarawak.

“Ini bagi memastikan semua lapisan masyarakat termasuklah golongan berpendapatan rendah dan peniaga kecil mempunyai akses kepada produk dan perkhidmatan kewangan yang inovatif serta dapat memenuhi keperluan mereka,” kata beliau dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Kumpulan Affin di sini, pada Rabu.

Abang Johari optimis menerusi sistem sokongan yang kukuh ia nya dapat menjayakan aspirasi tersebut dalam usaha mencapai pertumbuhan, keamanan dan kemakmuran Sarawak.

“Sasaran kami (Sarawak) adalah untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi daripada RM146 bilion pada tahun 2022 kepada RM282 bilion pada tahun 2030,” tambah beliau.

Jelas Abang Johari lagi, ketika ini Kerajaan Sarawak telah mentadbir dan menguruskan ekonomi serta sumber asli dengan baik sehingga mampu mengembangkan dan mempelbagaikan asas ekonomi yang kukuh dalam menjadikan Sarawak sebagai negeri termaju dengan pendapatan yang tinggi di Malaysia.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Perhubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Pengerusi Affin Bank Berhad, Dato’ Agil Natt serta Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Affin Bank Berhad, Datuk Wan Razly Abdullah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan