Search
Close this search box.
Awla menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada penduduk kampung yang hadir pada Program Jom Berkoperasi dan Ramah Tamah Aidilfitri 2024, Zon 3 Sungai Apin Simunjan Foto TVS

Suri rumah di Simunjan diingatkan mencarum PERKESO – Awla

SIMUNJAN, 4 Mei: Warga Simunjan terutama golongan suri rumah di sini diingatkan untuk membuat bayaran caruman dalam Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris mengakui ramai penduduk setempat tidak mengetahui manfaat PERKESO sekiranya berlaku kecemasan kepada pencarumnya.

“Apa-apa hal yang jatuh pada kita, kemalangan atau hilang upaya, semua akan ditanggung oleh PERKESO

“Banyak orang kita tidak tahu. PERKESO boleh didaftarkan (oleh) sesiapa sahaja termasuk suri rumah,” katanya.

Awla berkata demikia pada program Jom Berkoperasi dan Ramah Tamah Aidilfitri 2024, Zon 3 Sungai Apin Simunjan anjuran bersama SKM cawangan Sarawak dan Persekutuan Persatuan Wanita Sarawak (PPWS) Kampung Sungai Apin, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Awla mencadangkan bahawa wakil PERKESO untuk menemui Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) di beberapa kampung tertentu di kawasan Simunjan untuk menyampaikan taklimat berkaitan.

“Semua boleh daftar, bukan (maksudnya) kita pada waktu kita sakit dan bukan pada waktu kita cedera (barulah kita) mendaftarkan diri, tetapi kita perlu berjaga-jaga, sebab malang tidak berbau,” katanya.

Hadir sama Ahli Parlimen Batang Sadong Rodiyah Sapiee dan Pengarah SKM cawangan Sarawak Tan Boon Khin.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan