Search
Close this search box.
Google memecat sekurang-kurangnya 20 lagi pekerja berikutan protes terhadap teknologi yang dibekalkan syarikat itu kepada Israel, menjadikan jumlah kakitangan yang diberhentikan kepada lebih 50 orang setakat ini. Foto AFP

Google pecat ramai lagi pekerjanya yang bantah perjanjian dengan Israel

ByAFP

NEW YORK, 24 April: Google memecat sekurang-kurangnya 20 lagi pekerja berikutan protes terhadap teknologi yang dibekalkan syarikat itu kepada Israel, menjadikan jumlah kakitangan yang diberhentikan kepada lebih 50 orang setakat ini.

Gergasi teknologi itu membangunkan ‘Project Nimbus,’ dengan kontrak 1.2 AS$bilion yang ditandatangani pada 2021 untuk Google dan Amazon menyediakan Israel dengan perkhidmatan pengkomputeran awan dan Kecerdasan Buatan (AI).

Pada minggu lalu, pekerja-pekerja Google telah mengadakan protes di pejabat Google di New York dan Sunnyvale, California. Syarikat itu kemudian bertindak balas dengan menghubungi polis dan membuat tangkapan.

Kumpulan yang menganjurkan protes tersebut, No Tech For Apartheid, berkata Google memecat 30 pekerja minggu lalu, lebih tinggi daripada 28 pekerja awal yang mereka umumkan.

Menurut jurucakap No Tech For Apartheid, Jane Chung berkata Google cuba untuk membatalkan perbezaan pendapat, menutup mulut pekerjanya, dan menggunakan kuasa kuku besi ke atas mereka.

“Dalam percubaannya untuk berbuat demikian, Google telah memutuskan untuk secara tidak senonoh, dan tanpa proses yang sewajarnya, menjejaskan sumber pendapatan lebih 50 pekerjanya sendiri,” katanya dalam kenyataan akhbar.

Google berkata ia memecat pekerja tambahan itu selepas siasatannya mengumpulkan butiran daripada rakan sekerja yang ‘terganggu secara fizikal’ dan mengenal pasti pekerja yang menggunakan topeng dan tidak membawa lencana kakitangan mereka untuk menyembunyikan identiti mereka, namun tidak menyatakan berapa ramai yang dipecat.

Syarikat itu mempertikaikan dakwaan kumpulan itu, mengatakan bahawa ia dengan berhati-hati mengesahkan bahawa ‘setiap seorang daripada mereka yang pekerjaannya telah ditamatkan secara peribadi dan muktamad terlibat dalam aktiviti yang mengganggu di dalam bangunan kami.’

Syarikat Mountain View, California, sebelum ini memberi bayangan bahawa lebih ramai orang boleh dipecat, dengan Ketua Pegawai Eksekutif Sundar Pichai dalam catatan blog bahawa pekerja akan dipantau rapat apabila Google mempergiatkan usahanya untuk meningkatkan teknologi AI. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan