Search
Close this search box.
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden menaiki Air Force One di Lapangan Terbang Antarabangsa Milwaukee Mitchell di Milwaukee, Wisconsin, pada 8 Mei 2024. Foto AFP

Berhenti bekal senjata, bom jika Israel lancar pencerobohan besar ke atas Rafah – Biden

ByAFP

WISCONSIN, 9 Mei: Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden pada Rabu berkata pihaknya akan berhenti membekalkan senjata ke Israel jika Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu melaksanakan pencerobohan besar-besaran ke atas Rafah.

Beliau pada masa mengaku bahawa senjata yang dibekal kepada tentera Zionis digunakan untuk membunuh orang awam di Gaza.

“Orang awam terbunuh akibat bom (yang dibekal) untuk mereka (Israel) pojok pusat tumpuan penduduk.

“Saya jelaskan bahawa jika mereka pergi ke Rafah, saya tidak membekalkan senjata untuk berurusan dengan Rafah bagi menangani masalah itu,” kata Biden.

Beliau berkata demikian merujuk kepada penghentian penghantaran bom seberat 2,000 paun ke Israel minggu lalu.

Pengakuan tersebut adalah satu pengiktirafan nyata peranan Amerika Syarikat dalam genosid yang berlaku di Palestin.

Biden memperoleh tekanan luar biasa, termasuk daripada ahli partinya sendiri, untuk mengehadkan penghantaran senjata di tengah-tengah krisis kemanusiaan di Gaza.

Sehingga kini, Biden menolak seruan tersebut dan menyokong kuat usaha Israel untuk mengejar Hamas.

Biden berkata pihaknya akan terus membekalkan senjata kepada Israel termasuk untuk sistem pertahanan udara Iron Dome, dan penghantaran senjata lain akan ditamatkan sekiranya pencerobohan besar ke atas Rafah bermula.

Menurut Pentagon, Amerika Syarikat telah mengentikan penghantaran senjata muatan tinggi ekoran operasi Israel di Rafah tanpa memikirkan orang awam di kawasan itu, meskipun keputusan muktamad belum dibuat.

Pentadbiran kerajaan itu berkata pihaknya sedang mengkaji kemungkinan penjualan senjata atau penghantaran senjata lain. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan