Search
Close this search box.
Dua lelaki warganegara Indonesia maut selepas dihempap konkrit ketika melakukan kerja pembinaan parit di Taman Samarindah, Kota Samarahan, pagi tadi. Foto Bomba

Dua pekerja binaan warga Indonesia maut dihempap konkrit di Samarahan

KOTA SAMARAHAN, 9 Mei: Dua lelaki warganegara Indonesia maut dihempap konkrit ketika melakukan kerja pembinaan parit di Taman Samarindah di sini, pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 11.25 pagi sejurus itu menggerakan 10 anggota Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Kota Samarahan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati runtuhan dinding parit yang dalam pembinaan anggaran ketinggian lima kaki.

“Terdapat dua orang mangsa lelaki pekerja buruh binaan warganegara Indonesia berusia 29 tahun dan 42 tahun terperangkap dalam runtuhan konkrit tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pihak bomba terus menjalankan operasi menyelamat dan mengeluarkan dua orang mangsa dengan bantuan pekerja binaan menggunakan jengkaut untuk akses penyelamatan.

“Dua orang mangsa berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berada di lokasi kejadian.

“Mayat mangsa telah diserah kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan