Search
Close this search box.
Barisan pemain Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT). Foto Johor Southern Tiger(FB)

JDT harap Selangor timbang semula keputusan tidak hadir perlawanan

ByBernama

JOHOR BAHRU, 9 Mei: Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) berharap pasukan Selangor FC dapat menimbangkan semula keputusan untuk tidak hadir perlawanan Liga Super Malaysia dan Piala Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim esok, setelah jaminan keselamatan diberikan oleh polis dengan menggandakan kehadiran pasukan keselamatan.

Ketua pegawai eksekutif JDT Alistair Edwards berkata pihaknya kecewa dengan keputusan yang dibuat oleh Selangor itu meskipun jaminan telah diberikan oleh Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Johor bahawa keselamatan pasukan, pemain dan penyokong merupakan keutamaan dengan polis telah menempatkan 1,500 anggota.

Beliau berkata keputusan untuk tidak hadir perlawanan itu boleh menetapkan satu duluan (precedent) untuk mana-mana pasukan menarik diri kerana berasakan tidak selamat meskipun telah mendapat jaminan daripada polis.

“Kami sememangnya mengutuk keras insiden yang melibatkan Faisal Halim dan juga ancaman yang diterima oleh beberapa individu di Selangor FC.

“Kami juga pernah diserang dalam keadaan yang ‘hostile’ di Pahang, Perak dan Kelantan sebelum ini tetapi masih ke gelanggang lawan dan bermain dalam perlawanan yang dikawal ketat pihak polis,” katanya dalam hantaran di laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers hari ini.

Katanya meskipun kejadian baru-baru ini membimbangkan, kepercayaan perlu diletakkan kepada pihak berkuasa bukan hanya untuk menyiasat kes, tetapi juga untuk menjaga keselamatan dan memastikan musim bola sepak 2024-2025 berjalan lancar. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan