Jenazah dua mangsa tragedi helikopter selamat dikebumikan di Kedah

YAN, 24 April: Jenazah Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar, 39, yang maut dalam tragedi helikopter yang terhempas di Lumut, Perak semalam, selamat dikebumi dengan penuh istiadat ketenteraan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Haji Nyak Gam Kampung Ruat, di sini pada 9.55 malam ini.

Kerajaan salur bantuan awal RM10,000 kepada keluarga mangsa nahas helikopter TLDM

KUALA LUMPUR, 24 April: Kerajaan bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang mengorbankan 10 nyawa semalam.