Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendengar penerangan semasa menghadiri Forum Teknologi Hidrogen Eropah Tengah di Poznan, Poland, hari ini. Foto Faitullah Morni (TVS)

Marshall Marek Wozniak mahukan kerjasama, belajar dari Sarawak dalam usaha tenaga mampan

ByEekbal Yusuf

POZNAN (Poland), 24 April: Marshall Wilayah Wielkopolska, Marek Wozniak, memuji usaha Sarawak dalam meneroka tenaga alternatif untuk beralih kepada amalan tenaga yang lebih mampan.

Katanya, kerjasama antarabangsa bersama Sarawak amat diperlukan bagi memajukan inisiatif tenaga boleh diperbaharui.

Poland tagih pengalaman Sarawak kendali tenaga hijau | TVS

“Peralihan ini amat penting. Kita mesti menangani isu alam sekitar,” katanya ketika berucap pada Forum Teknologi Hidrogen Eropah Tengah di sini.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghadiri forum berkenaan untuk berkongsi mengenai inisiatif Sarawak dalam tenaga baharu.

Hadir sama, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki dan Duta Besar Malaysia ke Poland Dato’ Chitra Devi Ramiah.

Senada dengan Wozniak, Timbalan Setiausaha Kementerian Pembangunan dan Teknologi Poland, Ignacy Niemczycki, turut menegaskan mengenai keperluan untuk menjalin kerjasama dalam peralihan tenaga.

“Di Poland, kita berada dalam fasa peralihan, dengan hidrogen memainkan peranan penting dalam peralihan kepada tenaga hijau.

“Kita mengutamakan transformasi sektor tenaga, dengan industri pengangkutan muncul sebagai salah satu bidang yang paling menjanjikan,” tambahnya.

Terdahulu, Wozniak turut optimis, melalui kerjasama dan pertukaran ilmu pengetahuan, wilayah seperti Wielkopolska dan Sarawak boleh memimpin jalan dalam menjamin masa depan yang mampan dan hijau. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan