Search
Close this search box.
Kempen #Blockout2024 sekat selebriti tempatan dan antarabangsa yang berdiam diri mengenai isu kekejaman rejim Israel ke atas Palestin di Gaza.

#Blockout2024 turut landa Malaysia, siapa artis masuk senarai?

ByMuqri Aziz

KUCHING, 15 Mei: Kempen #Blockout2024 yang bermula di Amerika Syarikat pada 9 Mei lepas terus ‘trending’ di beberapa negara.

Gerakan #Blockout2024 dilakukan oleh pemilik pelbagai media sosial terutamanya Instagram dan TikTok dengan berhenti mengikuti dan menyekat akaun media sosial selebriti yang didakwa membisu mengenai kekejaman Israel di Gaza.

Selebriti yang bekerjasama mempromosi jenama yang didakwa menyokong Israel juga menjadi sasaran gerakan.

Sosialit terkenal Hollywood, Kim Kardashian dilaporkan antara yang paling terjejas apabila kehilangan tiga juta pengikut di Instagram selain turut kehilangan pengaruh di TikTok.

Antara artis Hollywood lain yang masuk senarai 100 selebriti yang perlu disekat termasuklah Taylor Swift, Ariana Grande, Selena Gomez, Billie Eilish, Justin Bieber, Miley Cyrus dan Beyonce.

Warga Amerika Syarikat yang menentang genosid Israel berang apabila tentera Zionist menyerang Rafah pada hari pertunjukkan fesyen itu berlangsung.

Gerakan #Blockout2024 melanda Malaysia dua hari lepas turut menjadi perhatian pengguna media sosial.

Selebriti tempatan yang ‘masuk’ senarai perlu disekat dilihat mula membuat hantaran di akaun media sosial masing – masing mengenai situasi di Gaza dan Rafah

Pengguna Facebook Liena Bunkerz pada Isnin lepas menyenaraikan 30 selebriti Malaysia yang berdiam diri mengenai isu berkenaan.

Antara yang disenaraikan kerana dakwaan tidak bersuara mengenai Palestin dan mempromosikan jenama dikaitkan dengan Israel termasuklah Nabila Razali, Tan Sri Michelle Yeoh, Ameera Khan, Anna Jobling, Ruhainies, Mira Filzah, Meerqeen, Neelofa, Awal Ashaari, Scha Al-Yahya dan Dato Seri Vida.

Senarai tersebut tular sehingga Mira Filzah tampil bersuara di X menegaskan dia tidak pernah diam mengenai isu di Palestin.

Mira Filzah berkata,dia reda jika ada yang ingin memboikotnya namun berpesan agar segelintir netizen menjaga kata-kata mereka.

Aktor dan pengacara, Awal Ashaari turut tampil memberi penjelasan apabila namanya terpalit.

Kata artis berusia 41 tahun itu, setiap individu mempunyai cara tersendiri untuk membantu rakyat Palestin kerana isu berkenaan sudah berlarutan terlalu lama.

Awal turut meluahkan rasa tidak puas hati terhadap bekas selebriti Malaysia yang kini menetap di luar negara yang menyiarkan senarai nama artis Malaysia yang perlu diboikot menerusi media sosialnya.

“Tindakan selebriti itu boleh menjejaskan periuk nasi anak seni tempatan yang rata-rata berjuang untuk menyara orang di sekeliling mereka,” katanya dipetik menerusi portal berita tempatan. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan