Search
Close this search box.
Seorang buruh kasar yang mempunyai enam rekod jenayah curi dan penyalahgunaan dadah ditangkap lagi kerana mencuri di Sub Station SESCO di salah sebuah Pusat Membeli-Belah, Kota Samarahan, semalam. Foto IPD Kota Samarahan

Buruh kasar miliki 6 rekod jenayah ditangkap lagi kerana mencuri

KOTA SAMARAHAN, 15 Mei: Seorang buruh kasar yang mempunyai enam rekod jenayah curi dan penyalahgunaan dadah ditangkap lagi kerana mencuri di Sub Station SESCO di salah sebuah Pusat Membeli-Belah di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Deputi Superintendan Jaimi Husin berkata, pengawal keselamatan ketika membuat rondaan di sekitar bangunan berkenaan telah melihat seorang lelaki berada di dalam kawasan berpagar Sub Station SESCO yang terletak di bahagian tepi bangunan tersebut pada jam 8.10 pagi.

“Suspek berusia 34 tahun cuba melarikan diri dan berjaya ditahan oleh pengawal keselamatan yang bertugas.

“Anggota Peronda MPV yang sampai di lokasi telah menangkap suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, hasil pemeriksaan beberapa peralatan yang dipercayai digunakan untuk memotong wayar dan potongan tembaga telah ditemui di dalam beg yang dibawa oleh suspek.

“Turut dirampas sebuah motosikal yang ditunggang oleh suspek.Suspek dibawa ke IPD Kota Samarahan dan akan dipohon reman pada hari ini,” ujarnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan