Search
Close this search box.
Uggah (kedua dari kiri) bersama penerima geran. Juga kelihatan ialah Fatimah (kelapan dari kiri), Dr Jerip (kesepuluh dari kiri) dan yang lain-lain.

Pohon dana UNIFOR harus ikut keperluan – Uggah

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 23 April: Permohonan dana daripada Unit Hal Ehwal Agama-agama Lain (UNIFOR) diingatkan agar dalam jumlah yang berasaskan keperluan atau kos sebenar, tegas Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Timbalan Premier Sarawak merangkap menteri bertanggungjawab terhadap UNIFOR berkata perkara berkenaan timbul susulan terdapat pihak yang beranggapan bahawa unit itu memiliki banyak dana yang diperuntukkan hingga mereka menetapkan kerja menaik taraf atau membaik pulih dengan kos yang tinggi.

“Saya perasan di beberapa tempat trend sekarang ialah untuk membentangkan anggaran yang sangat tinggi. Apa yang sepatutnya berharga RM2 juta, sebagai contoh, menjadi RM6 juta.

“Ada beberapa organisasi yang terlalu melampau seperti mereka mempunyai kira-kira 200 ahli tetapi merancang untuk sebuah gereja, kapel atau kuil bernilai berjuta-juta ringgit.

“Oleh kerana kami telah meluluskan, sebagai contoh, geran sebanyak RM2 juta untuk sebuah gereja, kapel atau kuil tertentu, mereka yang berada di kawasan yang sama harus mendapat jumlah yang sama jika mereka memohon bantuan,” kata beliau dipejabatnya hari ini.

Uggah juga mengingatkan wakil yang dipilih harus membantu mengkaji serta mengesahkan jumlah dana sebenar yang diperlukan.

“Ini juga termasuk memberi nasihat kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg apabila beliau dibentangkan dengan sebarang permintaan sebegini sewaktu lawatannya di lapangan.

“Pegawai-pegawai dan arkitek kami juga akan berada di lapangan untuk mengesahkan,” tegasnya lagi.

Sehubungan itu, Uggah sekali lagi mengingatkan penerima bantuan untuk memulakan projek mereka secepat mungkin selepas menerima peruntukan  masing-masing.

“Polisi kami adalah bahawa UNIFOR tidak akan menimbang permintaan lanjut untuk dana jika anda gagal menggunakan peruntukan pertama yang diberikan, walaupun kami tahu anda masih memerlukannya.

“Kami juga mahu semua penerima untuk mendepositkan cek mereka untuk mengelakkan mereka menjadi tidak sah apabila tamat tempoh,” ujarnya.

Uggah menegaskan kerajaan negeri berhasrat agar semua dana yang diberikan digunakan dengan lebih wajar.

“Ia akan merosakkan matlamat kami jika dana tidak digunakan dengan sewajarnya atau dengan segera.

“Adalah mandatori bagi rumah ibadat untuk mengemukakan laporan kemajuan berkala mereka untuk memperbarui UNIFOR tentang status pembinaan atau peningkatan mereka dan perbelanjaan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Uggah memberitahu peruntukan UNIFOR tahun ini berjumlah RM110 juta.

“Ini termasuk RM20 juta untuk membantu sekolah misi yang kami sedang melakukan pengagihan,” ujarnya.

Terdahulu, Uggah menyampaikan geran berjumlah RM14.335 juta bagi membiayai 32 projek yang berbeza di 20 kawasan di seluruh negeri. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan