Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta deligasi Sarawak yang lain merakam kenangan di sekitar Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara SMD Semiconductor dan Compound Semiconductor Applications (CSA) Catapult di Dewan Rakyat Parlimen UK di London. Foto TVS

UK optimis bantu Sarawak sebagai hab industri semikonduktor

ByHafeezzur Muzamir

LONDON, 23 April: Kerajaan United Kingdom (UK) optimis pihaknya merupakan rakan kongsi yang relevan dalam merealisasikan hasrat Sarawak untuk menjadi hab industri semikonduktor dan reka bentuk cip.

Menteri Teknologi dan Ekonomi digital UK, Saqib Bhatti mengakui beberapa jalinan kerjasama dengan Sarawak bukan sahaja memperkasakan sektor semikonduktor kedua-dua belah pihak sekali gus turut mengukuhkan hubungan dua hala antara kedua-dua wilayah.

“Memorandum Persefahaman (MoU) yang diumumkan hari ini adalah satu demonstrasi yang sangat baik tentang bagaimana kami membina asas yang kukuh dengan semangat cita-cita, pragmatisme dan perkongsian yang sama yang kami lihat berjaya setakat ini, kerana skala peluang di sini benar-benar mengejutkan.

“Saya melihat Sarawak sebagai rakan kongsi semula jadi pilihan untuk UK sambil kami berusaha untuk menggandakan kekuatan kami.

“Perjanjian yang telah kami tandatangani ini akan mengeratkan kerjasama antara kedua-dua negara sambil kita melihat untuk memanfaatkan kekuatan dan kepakaran masing-masing untuk memacu pertumbuhan dalam industri domestik kita.

“Ini penting sekiranya kita mahu menerajui teknologi semikonduktor masa depan,” katanya ketika berucap pada Sidang Kemuncak Kecerdasan Buatan (AI) dan Semikonduktor di Dewan Rakyat, Parlimen UK, di sini.

Terdahulu, Sarawak memeterai satu lagi MoU kerjasama dengan syarikat dari UK iaitu antara Sarawak Microelectronics Design (SMD) dan CSA Catapult, hari ini.

MoU kerjasama itu bertujuan memacu inovasi yang akan membentuk semula keupayaan serta aplikasi semikonduktor kompaun diperbuat daripada dua atau lebih elemen berbanding silikon yang diperbuat daripada satu elemen. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan