Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan bersama Premier Sarawak, Datuk Patinggi tan Sri Abang Johari Tun Openg serta deligasi yang lain merakam kenangan hari ini. Foto TVS

Sarawak ingin tingkat kolaboratif dengan UK, perkasa pembangunan bakat – Awang Tengah

ByHafeezzur Muzamir

LONDON, 23 April: Sarawak berhasrat mewujudkan lebih banyak kolaboratif bersama pemain industri dari United Kingdom (UK) khususnya bidang pembangunan bakat dalam industri semikonduktor, kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Menurut beliau bidang pembangunan bakat dalam sektor semikonduktor adalah penting berikutan negeri ini komited ingin melahirkan lebih ramai pereka cip bagi memenuhi keperluan industri.

“Kita mahu tingkatkan kolaborasi dengan syarikat dari UK dalam pembangunan bakat terutama sekali dalam industri semikonduktor. Di Sarawak, Samalaju adalah lokasi syarikat multinasional dengan mereka melakukan pelaburan di sana, jadi kita perlukan bakat pereka cip,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyertai delegasi Kerajaan Sarawak menghadiri Majlis Pemeteraian Momerandum Persefahaman membabitkan Sarawak Microelectronics Design (SMD) dengan syarikat berpangkalan dari UK, CSA Catapult di Dewan Rakyat Parlimen UK, di London, hari ini.

Mengulas lanjut, Awang Tengah yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak berkata, jalinan kerjasama berterusan bersama syarikat dari UK akan memantapkan lagi usaha Sarawak dalam membangunkan bakat tempatan.

Dalam pada itu, mengulas mengenai lawatan kerja Delegasi Kerajaan Sarawak ke UK, Awang Tengah menyifatkan ia membuahkan hasil serta berjaya susulan kerajaan negeri telah mendapat pendedahan berguna terutama berkaitan sektor tenaga boleh diperbaharui.

“Lawatan ke Loji Janakuasa Drax di Leeds amat membuahkan hasil dan signifikan kerana ia mendedahkan kepada delegasi bagaimana palet kayu digunakan untuk menjana tenaga bersih.

“Oleh itu, kita lihat Sarawak mempunyai potensi untuk membangunkan teknologi menggunakan kayu palet untuk menjana tenaga boleh diperbaharui,” katanya.

Selepas lawatan tiga hari di UK, Awang Tengah serta delegasi Kerajaan Sarawak hari ini meneruskan lawatan kerja ke Poland. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan