Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah bercakap pada mesyuarat jawatankuasa pemandu IRSDA bil 1/2024 di Bangunan Baitulmakmur II, Petrajaya hari ini. Foto Fiqri Razak (TVS)

Projek IRSDA pamer kemajuan signifikan pada suku pertama 2024 – Abdul Karim

ByHandy G

KUCHING, 23 April: Sebanyak 390 daripada 640 projek telah berjaya dilaksanakan di bawah Agensi Pembangunan Bersepadu Wilayah Samarahan (IRSDA) setakat suku pertama tahun 2024, kata Pengerusi Jawatankuasa Pemandu IRSDA, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Sementara itu, 65 projek lagi masih dalam tahap pelaksanaan manakala 185 pula sedang dalam peringkat perancangan.

“Projek-projek ini berjalan lancar, dan saya yakin IRSDA adalah salah satu daripada banyak agensi pembangunan di Sarawak yang telah berjaya melaksanakan projek-projek di kawasan infrastrukturnya yang sudah berkualiti, termasuk jalan yang baik, sistem mekanikal, dan elektrik.

“Untuk kawasan IRSDA, Alhamdulillah, semua berjalan dengan baik dari segi projek prasarana yang sudah dijalankan sebanyak 79 peratus,” katanya.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan itu berkata demikian ketika mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pemandu IRSDA bil 1/2024 di Bangunan Baitulmakmur ii, Petrajaya di sini, pada Selasa.

Sementara itu, projek yang telah siap dilaksanakan oleh IRSDA meliputi projek kejuruteraan pantai seperti Proposed Coastal Bund and Drainage System di Sebangan Bajong Block D dan Asajaya Drainage Scheme Block II; projek kejuruteraan sungai seperti Proposed River Improvement Works di Gedong (Fasa 2) dan Proposed Riverbank Erosion Protection Works at Kampung Sg. Buluh; serta projek rancangan tebatan banjir seperti Proposed Drainage Improvement Works di SK Muara Tuang serta Proposed Drainage Masterplan Study di Zon Samarahan dan juga Zon Simunjan dan Gedong.

Abdul Karim berharap agar semua projek yang masih dalam perancangan dapat dilaskanakan secepat mungkin untuk memastikan manfaat yang maksimum kepada komuniti setempat.

“Usaha ini menunjukkan bahawa kerajaan terus berkomitmen dalam memastikan pembangunan yang seimbang dan menyeluruh di seluruh wilayah, sejajar dengan matlamat IRSDA untuk meningkatkan kualiti hidup dan ekonomi setempat,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan