Search
Close this search box.
Kejadian berlaku semasa sedang menjalani raptai perbarisan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90. Foto Bomba

Nahas helikopter: Bedah siasat 10 mangsa dijangka selesai esok

ByTVS

IPOH, 23 April: Proses bedah siasat terhadap 10 mangsa korban dua buah helikopter yang terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut di sini dijangka selesai lewat tengah hari, esok (Rabu).

Pengarah Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Dr. Megat Iskandar Megat Abdul Hamid dalam kenyataan berkata, pihaknya telah menerima 10 jenazah kira-kira pukul 6 petang tadi di pekarangan Jabatan Forensik.

“Prosedur bedah siasat telah dimulakan dan dijangka dapat disiapkan pada lewat tengah hari esok.

“HRPB dengan ini memohon kerjasama semua pihak untuk memberi ruang memastikan prosedur bedah siasat serta pengecaman mangsa dapat dijalankan dengan lancar oleh pihak Jabatan Forensik HRPB, selain menghormati privasi waris mangsa,” katanya.

Dalam kejadian pada pukul 9.32 pagi hari ini, 10 kru dua buah helikopter disahkan terkoban di lokasi kejadian selepas dua helikopter itu bertembung di udara dan terhempas di Pangkalan TUDM Lumut.

Kejadian berlaku semasa sedang menjalani raptai perbarisan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan