Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bertemu dengan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul di Dewan Rakyat Parlimen United Kingdom (UK) di London hari ini. Foto TVS

Premier Sarawak, Speaker Dewan Rakyat bertemu di Parlimen UK

ByHafeezzur Muzamir

LONDON, 23 April: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bertemu dengan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul di Dewan Rakyat Parlimen United Kingdom (UK) di London hari ini.

Pertemuan tidak dirancang itu sewaktu Abang Johari sedang bergerak keluar dari bangunan terbabit selepas menghadiri Sidang Kemuncak Kecerdasan Buatan (AI) dan Semikonduktor dan Majlis Pemeteraian Momerandum Persefahaman (MoU) kerjasama antara Sarawak Microelectronics Design (SMD) Semiconductor dan CSA Catapult, di sini.

Pada pertemua itu, kedua-dua mereka berkesempatan meluangkan masa sekitar beberapa minit beramah mesra sebelum meneruskan perjalanan ke lokasi masing -masing.

Difahamkan, Johari Abdul yang mengetuai delegasi Parlimen Malaysia sedang dalam lawatan rasmi ke United Kingdom (UK) dan Ireland mulai hari ini hingga 2 Mei.

Lawatan itu bertujuan bagi mendalami pemahaman tentang tadbir urus parlimen, memupuk kerjasama dan mengukuhkan hubungan antara Parlimen UK, Ireland dan Malaysia.

Antara ahli parlimen yang terlibat ialah pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Pembaharuan Institusi, William Leong Jee Keen, ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Alam Sekitar, Sains dan Perladangan Rodiyah Sapiee, dan ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Infrastruktur, Pengangkutan dan Komunikasi Khairil Nizam Khirudin. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan