Search
Close this search box.
Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera dalam satu kemalangan di hadapan sebuah pusat komersial di Jalan Tun Jugah, awal pagi tadi.

Lelaki maut dalam nahas awal pagi di Jalan Tun Jugah

ByDouglas Elliot

KUCHING, 28 April: Seorang lelaki maut selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di hadapan sebuah pusat komersial di Jalan Tun Jugah, di sini awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, kemalangan itu membabitkan dua kereta.

Jelas PGO, selepas menerima panggilan kecemasan pada 3.38 pagi, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di situ, pasukan mendapati seorang lelaki tersepit di bahagian pemandu sebuah kenderaan tersebut manakala dua lagi mangsa mengalami kecederaan ringan.

“Mangsa dikeluarkan oleh anggota dengan menggunakan peralatan menyelamat,” jelas PGO menerusi kenyataan media.

Mangsa yang dikenali sebagai Bong Kee Tze,37, diserahkan kepada pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) dan disahkan telah meninggal dunia. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan