Search
Close this search box.
Keadaan motosikal mangsa selepas merempuh belakang kereta di Batu 10 Jalan Kuching-Serian, petang semalam. Foto IPD Padawan

Penunggang motorsikal maut selepas 15 jam bertarung nyawa

KUCHING, 15 Mei: Penunggang motosikal yang terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Batu 10 Jalan Kuching-Serian pada petang semalam, meninggal dunia hari ini selepas bertarung nyawa kira-kira 15 jam selepas kejadian tersebut.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Mohd Irwan Hafiz Radzi berkata, kejadian jam 6.15 petang itu melibatkan mangsa berusia 37 tahun yang cedera parah di bahagian kepala dan anggota badan lain dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) bagi mendapat rawatan.

Namun, katanya, mangsa disahkan meninggal dunia sekitar jam 8.50 pagi tadi.

“Kemalangan itu membabitkan sebuah kereta jenis Honda City dengan sebuah motosikal Yamaha Y15ZR.

“Kemalangan berlaku semasa penunggang motosikal dari arah Kuching hendak menuju ke arah Serian gagal mengawal motosikal sehingga merempuh bahagian belakang kereta terbabit yang sedang berhenti di lampu isyarat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, impak daripada rempuhan tersebut, penunggang motosikal telah mengalami kecederaan parah di bahagian kepala serta beberapa bahagian badan sejurus itu dikejarkan ke HUS untuk menerima rawatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan